Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat
Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat

Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat

Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Baseball Hall of Fame and Museumcode: en is deprecated ) atau Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Baseball Hall of Famecode: en is deprecated ) merupakan muzium sejarah dan dewan kemahsyuran yang terletak di Cooperstown, New York. Tempat ini mempamerkan sejarah besbol di Amerika Syarikat dan artifak berkaitan besbol di samping sebagai tempat mengenang jasa kepada individu yang cemerlang dalam beraksi, mengendalikan dan berkhidmat untuk besbol. Moto dewan ini ialah "Preserving History, Honoring Excellence, Connecting Generations" (bahasa Melayu: "Memelihara Sejarah, Menghargai Keunggulan, Menghubungkan Generasi."). Cooperstown sering menjadi nama singkat (atau metonim) kepada Muzium dan Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan ini.Dewan Kemahsyuran telah ditubuhkan pada tahun 1939 oleh Stephen Carlton Clark, seorang pewaris kepada kekayaan Singer Sewing Machine. Clark ingin membawa pengunjung ke bandar yang terkesan akibat Kemelesetan Besar (Great Depression) yang telah menjejaskan industri pelancongan tempatan dan pelarangan arak yang dikuatkuasakan telah memusnahkan industri hop setempat. Clark kemudian membina bangunan Dewan Kemahsyuran yang ditahbiskan pada 12 Jun 1939. (cucu beliau, Jane Forbes Clark kini menjadi pengerusi barisan lembaga.) Dakwaan tentang wira Perang Saudara Amerika iaitu Abner Doubleday telah mencipta besbol di Cooperstown menjadi titik penting bagi pemasaran Dewan Kemahsyuran pada tahap awal.Kawasan yang telah diperluas untuk perpustakaan dan fasiliti penyelidikan telah dibuka pada tahun 1994.[4] Dale Petroskey mejadi presiden organisasi pada 1999.[5] Pada tahun 2002, Dewan Kemahsyuran telah melancarkan Baseball as America, sebuah pameran penjelajahan yang berkunjung ke muzium-muzium Amerika buat masa enam tahun. Dewan Kemahsyuran juga menaja program pendidikan di Internet untuk membawakan Dewan Kemahsyuran kepada pelajar kanak-kanak sekolah yang tidak berpeluang untuk melawat. Muzium dan Dewan Kemahsyuran telah melengkapkan siri-siri penaiktarafan pada musim bunga 2005. Dewan Kemahsyuran juga membuka pameran tahunan di FanFest yang boleh didapati di Perlawanan All-Star Major League Baseball.Pemilihan ke dalam Dewan Kemahsyuran setiap tahun akan dijalankan oleh dua kumpulan iaitu Baseball Writers’ Association of America (BBWAA) dan Veterans Committee. Sepanjang tempoh 1971 sehingga 1977, sebuah jawatankuasa khas telah menyenaraikan sembilan orang pemain dari liga profesional Negro ke dalam Dewan Kemahsyuran.Pemain-pemain yang terpilih oleh ahli dan beberapa anggota kehormat BBWAA harus aktif selama 10 tahun dan terdapat kira-kira 450 orang penulis mengambil bahagian pada setiap tahun. Kelayakan ke pemilihan ini memerlukan pemain prospek yang aktif di major league pada tempoh memulakan karier 20 tahun sebelum dan menamatkan karier lima tahun sebelum undian. Walau bagaimanapun, kes Roberto Clemente yang menjadi mangsa nahas kapal terbang pada lewat 1972 tidak memerlukan masa lima tahun. Sebaliknya, beliau telah disenaraikan pada tahun 1973. Kemudian pada tahun 1973, peraturan pengundian telah berubah untuk membenarkan pemilihan pemain selama enam bulan selepas kematiannya. Peraturan lain selanjutnya ialah seseorang pemain harus beraksi sekurang-kurangnya selama 10 tahun di major league dan memerlukan 75% untuk diundi layak ke dalam Dewan Kemahsyuran. Kemudian, tiada kelompok bilangan pemain tetap yang diundi pada setiap tahun. Pemain yang memperoleh undian kurang daripada 5% akan digugurkan daripada pemilihan akan datang. Dalam beberapa kes, jawatankuasa penapisan akan memulihkan kembali nama-nama tersebut untuk pengundian seterusnya tetapi pada pertengahan 1990-an, pemain yang digugurkan akan tetap tidak layak untuk pertimbangan Dewan Kemahsyuran walaupun melalui Veterans Commitee. Perubahan prosedur pengundian pada tahun 2001 telah memulihkan kelayakan pemain ang digugurkan bahawa nama mereka tidak tampil di undian BBWAA, sebaliknya mereka akan dipertimbangkan oleh Veterans Committee.[6] Pemain-pemain yang memperoelh undian sebanyak 5% atau lebih tetapi tidak kurang daripada 75% akan dipertimbangkan semula pada setiap tahun sehingga mencapai maksimum sepuluh tahun kelayakan (dikurangkan daripada 15 tahun pada undian 2015).[7]

Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat

Kurator Tom Shieber[2]
(Kurator Senior)
Pegangan utama
[1]
Lokasi
Pengasas Stephen Carlton Clark
Laman sesawang
Ditubuhkan 1936 (1936) (Besbol)
Ditahbiskan 12 Jun 1939
Koordinat 42°42′00″N 74°55′24″W / 42.70000°N 74.92333°W / 42.70000; -74.92333Koordinat: 42°42′00″N 74°55′24″W / 42.70000°N 74.92333°W / 42.70000; -74.92333
Saiz koleksi
  • Arkib Foto
  • Perpustakaan Dewan Kemahsyuran Besbol (Manuskrip, Buku, Penerbitan)
  • Koleksi Rakaman Media
  • Koleksi Artifak
[1]
Jenis Dewan kemahsyuran sukan profesional
Bilangan pelawat 260,000/tahun
(secara purata sehingga 2018)[3]

Rujukan

WikiPedia: Dewan Kemahsyuran Besbol Kebangsaan Amerika Syarikat https://baseballhall.org/about-the-hall/staff/staf... https://web.archive.org/web/20210624131135/https:/... https://baseballhall.org/about-the-hall/477 https://web.archive.org/web/20190327193746/https:/... https://baseballhall.org/news/seventeeth-million-v... https://web.archive.org/web/20220612165422/https:/... https://baseballhall.org/media-info/museum-history https://web.archive.org/web/20170704214127/https:/... http://mlb.mlb.com/news/article.jsp?ymd=20080325&c... https://web.archive.org/web/20080327033242/http://...